EAZY CATALYST

EAZY CATALYST

SILA HUBUNGI NAMA DI BAWAH UNTUK PEMBELIAN

SENARAI NAMA AGEN DAN STOKIS


Kuala Lumpur
1. Noor Hidayah (Bukit damansara) - 0133016687
2. Noratikah (Jalan Imbi) - 01116134112
3. Nor Shazana (Jalan Raja Laut) - 0192688357

Selangor
1. Nik Anis (Subang jaya) - 0142344443

Melaka
1. Norain (Ayer Keroh) - 0136279958
2. Farah Aini (Duyong/Cheng) - 0126770371
3. Nurjannah (Peringgit) - 0105623900

Senarai nama akan dikemaskini dari masa ke semasa. Sila pm / whatsapp 0145178600 untuk pendaftaran sebagai agen / stokis Catalyst

#eazycatalyst
#senaraiagencatalyst
#senaraistokiscatalyst

Tuesday 27 December 2016

KEBAIKAN MINYAK KELAPA DARA UNTUK RAMBUT


 



Memang benar, minyak kelapa dara sangat mujarab untuk masalah kelemumur dan dalam rawatan rambut rosak disebabkan kandungan lauric asid , capric asid dan berbagai lagi jenis fatty asid yang bertindak membunuh kulat kelemumur dan meresap jauh kedalam kulit kepala untuk merawat sel-sel yang rosak.




Susunan molekulnya yang sangat kecil  memudahkan penyerapan  dan memberikan tekstur rambut yang lembut ,halus pada kulit dan rambut. Bermaksud minyak kelapa dara ini mempunyai khasiat  semulajadi yang  sangat baik untuk rambut.Penggunaan  minyak kelapa dara untuk rambut bermasalah adalah jalan penyelesaian terbaik.
 


TIPS PENGGUNAAN MINYAK KELAPA DARA UNTUK RAMBUT :


  1. Semasa mandi petang, shampoo rambut anda dengan bersih.  Urutkan permukaan kulit rambut anda menggunakan sikat yang lembut. Urutan menggunakan jari yang terlalu kuat boleh menyebabkan rambut rosak dan rosak. Sebaiknya mengunakan sikat yang lembut. Selepas itu bilas rambut anda sebersihnya, pastikan jangan ada buih-buih shampu yang tertinggal pada kulit rambut anda.
  2. Lapkan rambut anda sehingga kering. Biarkan rambut anda sehingga betul-betul kering dengan sendiri.
  3. Gunakan minyak kelapa dara dan sapukannya pada permukaan kulit rambut anda secara rata. Sebaiknya pukul 9 malam.biarkan minyak kelapa dara meresap selama 2 jam. Pada masa itu, mungkin rambut anda akan merasa gatal.jangan garu mengunakan jari anda, sebaiknya menggunakan sikat rambut yang lembut.
  4. Pada masa mandi pagi, cuci dan bilas rambut seperti biasa. Bila merasa gatal pada kulit rambut, urut mgnggunakan sikat rambut yang lembut tadi. Biasanya kegatalan rambut akan hilang selama satu hari. Apabila sudah biasa amalkan, kegatalan tidak akan dirasakan lagi.
  5. Anda akan dapat lihat perubahan setelah sebulan anda amalkannya. Bergantung pada jenis kulit dan tahap masalah rambut anda. Amalkannya secara konsisten.

Tuesday 20 December 2016

TIPS KECANTIKAN DENGAN MINYAK KELAPA DARA (VCO CATALYST)

Bagaimana Anda Boleh Menjadi Lebih Cantik Dengan Minyak Kelapa Dara?




Minyak Kelapa Dara yang kaya dengan khasiat ini cukup lembut pada kulit yang sensitif, halus, ringan, cepat menyerap dan tidak meninggalkan kesan melekit dengan penggunaan yang betul.

Baunya juga sangat harum seperti candy tetapi akan hilang bila ia telah di serap ke dalam
kulit.

1. Cleansing Oil /Minyak Pembersih Wajah

Syarat pertama untuk mendapat kulit yang sihat ialah dengan membersihkannya dengan cara yang betul. Minyak Kelapa Dara sangat sesuai untuk membersihkan wajah dengan kaedah double cleansing.
Minyak Kelapa Dara mengandungi asid laurik yang anti bakteria, anti fungal dan anti viral`. Ia membersihkan kulit secara mendalam.  Mekap juga mudah ditanggalkan walaupun dari jenis kalis air.
Tip: Ratakan Minyak Kelapa Dara ke seluruh wajah dan urut secara perlahan lahan untuk menanggalkan kotoran berminyak. Bilas dengan air suam.
Apa itu double cleansing?
Double cleansing atau pencucian dua kali adalah satu rutin yang telah lama di amalkan oleh orang2 Jepun dan Korea. Ia adalah proses di mana wajah di cuci dua kali untuk memastikan kulit mereka benar2 bersih.
Cucian pertama adalah dengan menggunakan pencuci berasaskan minyak.Cucian kedua barulah dilakukan dengan foam cleanser.

2. Body Scrub / Lulur

Lulur seluruh badan dengan campuran Minyak Kelapa Dara dan Garam Laut. Gosokkan perlahan2 untuk menanggalkan kulit mati. Ia juga berupaya untuk memudarkan parut dan merawat luka2 ringan.
Tip: Lakukan lulur dua minggu sekali sebelum mandi dengan air suam untuk kulit lebih cerah dan lembut.

3. Losyen Tangan Dan Badan

Jika anda mempunyai kulit yang kering dan sering mengelupas dan merekah, Minyak Kelapa Dara boleh membantu. Tidak perlu penggunaan yang banyak. Satu sudu sudah cukup untuk seluruh badan.
Minyak ini membantu menguatkan tisu dan struktur kulit menjadikannya lebih sihat dan lembap.
Tip: Sapukan diseluruh badan selepas mandi untuk melindungi lapisan kulit dari terhidrasi. Letakkan sebekas kecil minyak di sinki dapur dalam botol bermuncung kecil.
Gunakan setitik sebagai losyen tangan sebaik habis mencuci pinggan.

4. Rambut Yang Subur, Sihat Dan Mudah Diurus.

Selain membantu menyuburkan rambut, minyak kelapa boleh juga merawat kelimumur dan melambatkan uban. Ia juga membantu menghidratkan rambut yang lama dan rosak.
Tip: Gosokkan minyak kelapa di kulit kepala yang kering dan berkelimumur dan tutupkan dengan shower cap. Cuci rambut seperti biasa selepas sejam.
Titiskan minyak di tapak tangan, gosok dan ramaskan di hujung rambut untuk mengekalkan kesuburan dan mengelakkan rambut berbelah.

5. Pelembap Wajah / Moisturiser

Ia sesuai untuk semua jenis kulit. Selain dari bebas bahan kimia dan alkohol, Minyak Kelapa Dara juga mempunyai Vitamin A, D, E dan K yang bermanfaat untuk kulit.
Tip: Sedikit sudah memadai. Hanya satu atau dua titik akan membuatkan wajah anda lembap, bermaya dan bersinar. Jika terasa melekit selepas sapuan bermakna anda sudah terlebih pakai.

6. Merawat Jerawat.

Rawatan untuk jerawat ini mungkin ramai yang sangsi. Alasan paling biasa didengar ialah kulit berjerawat kerana sebum yang aktif mengeluarkan minyak. Maka tidak perlulah menambah lagi minyak.
Tapi ramai yang tidak tahu bahawa keadaan kering pada kulitlah yang menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan oleh kelenjar sebum.
Minyak Kelapa Dara mengimbangi minyak pada kulit. Ia menghalang kelenjar sebum menjadi terlalu agresif menghasilkan minyak.
Tambahan pula ia adalah agen anti bakteria. Ia sebenarnya dapat memulihkan jerawat. Vitamin E yang terkandung membantu merawat kesan jerawat yang ditinggalkan.

7. Mendapatkan Bentuk Badan Ideal

Minyak ini tiada kolestrol. Ia mengandungi asid emak yang dinamakan triglycerides MCT yang dapat meningkatkan metabolisma badan. Minyak ini amat sesuai untuk menurunkan berat badan.
Maknanya, pengambilan minyak ini dalam diet seharian mempercepatkan pembakaran kalori di samping meningkatkan stamina. Ia juga meningkatkan sistem immuniti badan.

8. Melawan Penuaan Pra Matang.

Pencemaran, tekanan dan sinaran matahari yang berlebihan membuatkan wajah jadi kusam, pigmentasi dan berkedut.
Minyak Kelapa Dara dibuktikan dapat membantu melawan penuaan pra matang kerana kandungan antioksidannya yang tinggi.
Kajian terbaru juga menemukan keupayaan minyak kelapa untuk melawan sinar UV.

9. Mendapatkan Alis Mata Menawan.

Bulu kening yang lebat tersusun dan bulu mata yang panjang melentik adalah idaman wanita. Kini ia boleh dimiliki secara alami dengan Minyak Kelapa Dara.
Tip: Sebaiknya sediakan satu botol kecil yang khas untuk tujuan ini. Titiskan minyak pada  cotton bud dan oleskan pada bulu kening dan bulu mata setiap malam. Nantikan hasilnya.

10. Sebagai Highlight Dalam Solekan Untuk Menaikkan Seri Wajah.

Kontur wajah dengan solekan adalah trend yang sedang popular. Dengan Minyak Kelapa Dara, anda boleh memberikan sinar dan keserian pada wajah.
Tip: Sentuhkan sedikit minyak pada kedua tulang pipi wajah yang telah disolek dan ratakan.

Kesimpulan

Sebenarnya banyak lagi kegunaan Minyak Kelapa Dara. Ia berupaya meredakan psiriosis dan eczema. Selain itu dengan amalan mengambil minyak ini dalam diet seharian mampu melambatkan kalau tidak mengelakkan Alzheimer. Ia juga mampu merawat migrain dan membantu menghindari sakit jantung.
Ia adalah makanan super. Setiap isi rumah patut menyimpan sebotol Minyak Kelapa Dara dan mengamalkan nya secara luaran dan dalaman.


Sunday 18 December 2016

Cara Menyimpan Produk Catalyst


Catalyst VCO Softgel dihasilkan dari 100% bahan organik (minyak kelapa dara ) dan ianya amat sensitif bila terdapat perubahan suhu dari sekeliling samada dari suhu sejuk ke panas atau suhu panas ke sejuk. 


Sebolehnya ELAKKAN untuk letakkan botol VCO Softgel anda dalam tempat yang panas, contoh : dalam kereta (dalam jangka masa yang lama) kerana VCO akan lembik melekat & softgel akan cair. 

SEKIRANYA BERLAKU  VCO SOFTGEL LEMBIK DAN MELEKAT-LEKAT ATAU VCO SOFTGEL MENJADI WARNA KEPUTIHAN APA ANDA PERLU BUAT..?? 

VCO Softgel lembik dan melekat-lekat CARANYA adalah jangan tarik tarik softgel tu ye nanti dikhuatiri akan pecah dan habis semua VCO yang dalam softgel tu akan keluar. Kan dah rugi?? sebenarnya cara yang anda perlu lakukan mudah jer! 

CARA 1 : MASUKKAN DALAM PETI SEJUK 1 HINGGA 5 MINIT 
CARA 2 : LETAK DALAM LOCKER/ALMARI BAJU (JIKA TIADA PETI SEJUK ) 


Tapi kalau VCO Softgel bertukar kepada warna putih jangan takut pulak sebab minyak akan beku bila berada ditempat yang sejuk. Nak lakukan eksperimen ini sendiri? ambil VCO Softgel yang biasa (kuning cerah) letakkan sebentar dalam peti ais, anda lihat apa yang terjadi pada VCO tersebut. VCO yang beku tu boleh diamalkan seperti biasa jangan risau sebab Asid dalam perut kita sendiri akan mencairkan VCO tersebut bila kita telan :) Maklumlahkan ini softgel. kalau kita letak tempat panas atau suhu yang berubah-ubah. Softgel (kelongsong lembut/gel lembut) tu akan ikut persekitaran sekeliling. Jadi disarankan ikut cara yang ni yer. 

SEKIRANYA COLLAGEN KERAS/BERKETUL APA PULA ANDA PERLU BUAT..?? 
Kerana ada sesetengah pelanggan yang bawa Produk Catalyst ini dan letakkan dalam kereta/tempat yang panas/suhu yang tidak sesuai dalam jangka masa yang lama. Hendaklah diingatkan, produk Catalyst hendaklah disimpan dalam suhu bilik dan suhu yang bersesuaian. Jika jadi keras / berketul-ketul ianya masih boleh dimakan dan khasiatnya masih ada cuma dah bertukar rupa dan bentuk. (BUKANNYA masuk angin or dah expired yer) 

Jadi, untuk memastikan perkara ini tidak terjadi, anda perlu menyimpan/meletakkan produk Catalyst anda sebaik2nya dalam keadaaan SUHU BILIK. Tetapi jika anda nak bawa ke mana2 pun tak kisah, tapi jangan biarkan berada ditempat yang panas dalam masa yang lama, sekiranya berubah colour atau bentukpun, khasiatnya tetap tak akan hilang so jangan risau boleh makan seperti biasa, jangan buang pula yer.. sayang tau... 

Setiap produk keluaran Syarikat Catalyst telah diuji oleh makmal dan telah dipastikan KUALITI nya adalah TIP TOP sebelum dijual dan diedarkan kepada anda semua :)

SILA LENGKAPKAN BORANG ORDER ANDA :)

NAMA PENUH (UNTUK POSTAGE)
ALAMAT PENUH (UNTUK POSTAGE)
NOMBOR TELEFON (UNTUK DIHUBUNGI)
BELIAN BIASA/AGEN/STOKIS
SENARAI ORDER (SEMENANJUNG) VCO SOFTGEL - RM 39.90
VCO FLUID (LIQUID) - RM 39.90
VCO ARGAN - RM 65.00
VCO DELIMA - RM 65.00
VCO APRICOT - RM 65.00
CATALYST COLLAGEN - RM 59.90
CATALYST AMBIANCE - RM 89.90
SENARAI ORDER (SABAH & SRWK) VCO SOFTGEL - RM 43.90
VCO FLUID (LIQUID) - RM 43.90
VCO ARGAN - RM 65.00
VCO DELIMA - RM 65.00
VCO APRICOT - RM 65.00
CATALYST COLLAGEN - RM 65.90
CATALYST AMBIANCE - RM 89.90
Email Address:

Click here to put a form like this on your site.