Memang benar, minyak kelapa dara sangat mujarab untuk masalah kelemumur dan dalam rawatan rambut rosak disebabkan kandungan lauric asid , capric asid dan berbagai lagi jenis fatty asid yang bertindak membunuh kulat kelemumur dan meresap jauh kedalam kulit kepala untuk merawat sel-sel yang rosak.
Susunan molekulnya yang sangat kecil memudahkan penyerapan dan memberikan tekstur rambut yang lembut ,halus pada kulit dan rambut. Bermaksud minyak kelapa dara ini mempunyai khasiat semulajadi yang sangat baik untuk rambut.Penggunaan minyak kelapa dara untuk rambut bermasalah adalah jalan penyelesaian terbaik.
TIPS PENGGUNAAN MINYAK KELAPA DARA UNTUK RAMBUT :
- Semasa mandi petang, shampoo rambut anda dengan bersih. Urutkan permukaan kulit rambut anda menggunakan sikat yang lembut. Urutan menggunakan jari yang terlalu kuat boleh menyebabkan rambut rosak dan rosak. Sebaiknya mengunakan sikat yang lembut. Selepas itu bilas rambut anda sebersihnya, pastikan jangan ada buih-buih shampu yang tertinggal pada kulit rambut anda.
- Lapkan rambut anda sehingga kering. Biarkan rambut anda sehingga betul-betul kering dengan sendiri.
- Gunakan minyak kelapa dara dan sapukannya pada permukaan kulit rambut anda secara rata. Sebaiknya pukul 9 malam.biarkan minyak kelapa dara meresap selama 2 jam. Pada masa itu, mungkin rambut anda akan merasa gatal.jangan garu mengunakan jari anda, sebaiknya menggunakan sikat rambut yang lembut.
- Pada masa mandi pagi, cuci dan bilas rambut seperti biasa. Bila merasa gatal pada kulit rambut, urut mgnggunakan sikat rambut yang lembut tadi. Biasanya kegatalan rambut akan hilang selama satu hari. Apabila sudah biasa amalkan, kegatalan tidak akan dirasakan lagi.
- Anda akan dapat lihat perubahan setelah sebulan anda amalkannya. Bergantung pada jenis kulit dan tahap masalah rambut anda. Amalkannya secara konsisten.
No comments:
Post a Comment