EAZY CATALYST

EAZY CATALYST

SILA HUBUNGI NAMA DI BAWAH UNTUK PEMBELIAN

SENARAI NAMA AGEN DAN STOKIS


Kuala Lumpur
1. Noor Hidayah (Bukit damansara) - 0133016687
2. Noratikah (Jalan Imbi) - 01116134112
3. Nor Shazana (Jalan Raja Laut) - 0192688357

Selangor
1. Nik Anis (Subang jaya) - 0142344443

Melaka
1. Norain (Ayer Keroh) - 0136279958
2. Farah Aini (Duyong/Cheng) - 0126770371
3. Nurjannah (Peringgit) - 0105623900

Senarai nama akan dikemaskini dari masa ke semasa. Sila pm / whatsapp 0145178600 untuk pendaftaran sebagai agen / stokis Catalyst

#eazycatalyst
#senaraiagencatalyst
#senaraistokiscatalyst

Tuesday 27 December 2016

KEBAIKAN MINYAK KELAPA DARA UNTUK RAMBUT


 



Memang benar, minyak kelapa dara sangat mujarab untuk masalah kelemumur dan dalam rawatan rambut rosak disebabkan kandungan lauric asid , capric asid dan berbagai lagi jenis fatty asid yang bertindak membunuh kulat kelemumur dan meresap jauh kedalam kulit kepala untuk merawat sel-sel yang rosak.




Susunan molekulnya yang sangat kecil  memudahkan penyerapan  dan memberikan tekstur rambut yang lembut ,halus pada kulit dan rambut. Bermaksud minyak kelapa dara ini mempunyai khasiat  semulajadi yang  sangat baik untuk rambut.Penggunaan  minyak kelapa dara untuk rambut bermasalah adalah jalan penyelesaian terbaik.
 


TIPS PENGGUNAAN MINYAK KELAPA DARA UNTUK RAMBUT :


  1. Semasa mandi petang, shampoo rambut anda dengan bersih.  Urutkan permukaan kulit rambut anda menggunakan sikat yang lembut. Urutan menggunakan jari yang terlalu kuat boleh menyebabkan rambut rosak dan rosak. Sebaiknya mengunakan sikat yang lembut. Selepas itu bilas rambut anda sebersihnya, pastikan jangan ada buih-buih shampu yang tertinggal pada kulit rambut anda.
  2. Lapkan rambut anda sehingga kering. Biarkan rambut anda sehingga betul-betul kering dengan sendiri.
  3. Gunakan minyak kelapa dara dan sapukannya pada permukaan kulit rambut anda secara rata. Sebaiknya pukul 9 malam.biarkan minyak kelapa dara meresap selama 2 jam. Pada masa itu, mungkin rambut anda akan merasa gatal.jangan garu mengunakan jari anda, sebaiknya menggunakan sikat rambut yang lembut.
  4. Pada masa mandi pagi, cuci dan bilas rambut seperti biasa. Bila merasa gatal pada kulit rambut, urut mgnggunakan sikat rambut yang lembut tadi. Biasanya kegatalan rambut akan hilang selama satu hari. Apabila sudah biasa amalkan, kegatalan tidak akan dirasakan lagi.
  5. Anda akan dapat lihat perubahan setelah sebulan anda amalkannya. Bergantung pada jenis kulit dan tahap masalah rambut anda. Amalkannya secara konsisten.

Tuesday 20 December 2016

TIPS KECANTIKAN DENGAN MINYAK KELAPA DARA (VCO CATALYST)

Bagaimana Anda Boleh Menjadi Lebih Cantik Dengan Minyak Kelapa Dara?




Minyak Kelapa Dara yang kaya dengan khasiat ini cukup lembut pada kulit yang sensitif, halus, ringan, cepat menyerap dan tidak meninggalkan kesan melekit dengan penggunaan yang betul.

Baunya juga sangat harum seperti candy tetapi akan hilang bila ia telah di serap ke dalam
kulit.

1. Cleansing Oil /Minyak Pembersih Wajah

Syarat pertama untuk mendapat kulit yang sihat ialah dengan membersihkannya dengan cara yang betul. Minyak Kelapa Dara sangat sesuai untuk membersihkan wajah dengan kaedah double cleansing.
Minyak Kelapa Dara mengandungi asid laurik yang anti bakteria, anti fungal dan anti viral`. Ia membersihkan kulit secara mendalam.  Mekap juga mudah ditanggalkan walaupun dari jenis kalis air.
Tip: Ratakan Minyak Kelapa Dara ke seluruh wajah dan urut secara perlahan lahan untuk menanggalkan kotoran berminyak. Bilas dengan air suam.
Apa itu double cleansing?
Double cleansing atau pencucian dua kali adalah satu rutin yang telah lama di amalkan oleh orang2 Jepun dan Korea. Ia adalah proses di mana wajah di cuci dua kali untuk memastikan kulit mereka benar2 bersih.
Cucian pertama adalah dengan menggunakan pencuci berasaskan minyak.Cucian kedua barulah dilakukan dengan foam cleanser.

2. Body Scrub / Lulur

Lulur seluruh badan dengan campuran Minyak Kelapa Dara dan Garam Laut. Gosokkan perlahan2 untuk menanggalkan kulit mati. Ia juga berupaya untuk memudarkan parut dan merawat luka2 ringan.
Tip: Lakukan lulur dua minggu sekali sebelum mandi dengan air suam untuk kulit lebih cerah dan lembut.

3. Losyen Tangan Dan Badan

Jika anda mempunyai kulit yang kering dan sering mengelupas dan merekah, Minyak Kelapa Dara boleh membantu. Tidak perlu penggunaan yang banyak. Satu sudu sudah cukup untuk seluruh badan.
Minyak ini membantu menguatkan tisu dan struktur kulit menjadikannya lebih sihat dan lembap.
Tip: Sapukan diseluruh badan selepas mandi untuk melindungi lapisan kulit dari terhidrasi. Letakkan sebekas kecil minyak di sinki dapur dalam botol bermuncung kecil.
Gunakan setitik sebagai losyen tangan sebaik habis mencuci pinggan.

4. Rambut Yang Subur, Sihat Dan Mudah Diurus.

Selain membantu menyuburkan rambut, minyak kelapa boleh juga merawat kelimumur dan melambatkan uban. Ia juga membantu menghidratkan rambut yang lama dan rosak.
Tip: Gosokkan minyak kelapa di kulit kepala yang kering dan berkelimumur dan tutupkan dengan shower cap. Cuci rambut seperti biasa selepas sejam.
Titiskan minyak di tapak tangan, gosok dan ramaskan di hujung rambut untuk mengekalkan kesuburan dan mengelakkan rambut berbelah.

5. Pelembap Wajah / Moisturiser

Ia sesuai untuk semua jenis kulit. Selain dari bebas bahan kimia dan alkohol, Minyak Kelapa Dara juga mempunyai Vitamin A, D, E dan K yang bermanfaat untuk kulit.
Tip: Sedikit sudah memadai. Hanya satu atau dua titik akan membuatkan wajah anda lembap, bermaya dan bersinar. Jika terasa melekit selepas sapuan bermakna anda sudah terlebih pakai.

6. Merawat Jerawat.

Rawatan untuk jerawat ini mungkin ramai yang sangsi. Alasan paling biasa didengar ialah kulit berjerawat kerana sebum yang aktif mengeluarkan minyak. Maka tidak perlulah menambah lagi minyak.
Tapi ramai yang tidak tahu bahawa keadaan kering pada kulitlah yang menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan oleh kelenjar sebum.
Minyak Kelapa Dara mengimbangi minyak pada kulit. Ia menghalang kelenjar sebum menjadi terlalu agresif menghasilkan minyak.
Tambahan pula ia adalah agen anti bakteria. Ia sebenarnya dapat memulihkan jerawat. Vitamin E yang terkandung membantu merawat kesan jerawat yang ditinggalkan.

7. Mendapatkan Bentuk Badan Ideal

Minyak ini tiada kolestrol. Ia mengandungi asid emak yang dinamakan triglycerides MCT yang dapat meningkatkan metabolisma badan. Minyak ini amat sesuai untuk menurunkan berat badan.
Maknanya, pengambilan minyak ini dalam diet seharian mempercepatkan pembakaran kalori di samping meningkatkan stamina. Ia juga meningkatkan sistem immuniti badan.

8. Melawan Penuaan Pra Matang.

Pencemaran, tekanan dan sinaran matahari yang berlebihan membuatkan wajah jadi kusam, pigmentasi dan berkedut.
Minyak Kelapa Dara dibuktikan dapat membantu melawan penuaan pra matang kerana kandungan antioksidannya yang tinggi.
Kajian terbaru juga menemukan keupayaan minyak kelapa untuk melawan sinar UV.

9. Mendapatkan Alis Mata Menawan.

Bulu kening yang lebat tersusun dan bulu mata yang panjang melentik adalah idaman wanita. Kini ia boleh dimiliki secara alami dengan Minyak Kelapa Dara.
Tip: Sebaiknya sediakan satu botol kecil yang khas untuk tujuan ini. Titiskan minyak pada  cotton bud dan oleskan pada bulu kening dan bulu mata setiap malam. Nantikan hasilnya.

10. Sebagai Highlight Dalam Solekan Untuk Menaikkan Seri Wajah.

Kontur wajah dengan solekan adalah trend yang sedang popular. Dengan Minyak Kelapa Dara, anda boleh memberikan sinar dan keserian pada wajah.
Tip: Sentuhkan sedikit minyak pada kedua tulang pipi wajah yang telah disolek dan ratakan.

Kesimpulan

Sebenarnya banyak lagi kegunaan Minyak Kelapa Dara. Ia berupaya meredakan psiriosis dan eczema. Selain itu dengan amalan mengambil minyak ini dalam diet seharian mampu melambatkan kalau tidak mengelakkan Alzheimer. Ia juga mampu merawat migrain dan membantu menghindari sakit jantung.
Ia adalah makanan super. Setiap isi rumah patut menyimpan sebotol Minyak Kelapa Dara dan mengamalkan nya secara luaran dan dalaman.


Sunday 18 December 2016

Cara Menyimpan Produk Catalyst


Catalyst VCO Softgel dihasilkan dari 100% bahan organik (minyak kelapa dara ) dan ianya amat sensitif bila terdapat perubahan suhu dari sekeliling samada dari suhu sejuk ke panas atau suhu panas ke sejuk. 


Sebolehnya ELAKKAN untuk letakkan botol VCO Softgel anda dalam tempat yang panas, contoh : dalam kereta (dalam jangka masa yang lama) kerana VCO akan lembik melekat & softgel akan cair. 

SEKIRANYA BERLAKU  VCO SOFTGEL LEMBIK DAN MELEKAT-LEKAT ATAU VCO SOFTGEL MENJADI WARNA KEPUTIHAN APA ANDA PERLU BUAT..?? 

VCO Softgel lembik dan melekat-lekat CARANYA adalah jangan tarik tarik softgel tu ye nanti dikhuatiri akan pecah dan habis semua VCO yang dalam softgel tu akan keluar. Kan dah rugi?? sebenarnya cara yang anda perlu lakukan mudah jer! 

CARA 1 : MASUKKAN DALAM PETI SEJUK 1 HINGGA 5 MINIT 
CARA 2 : LETAK DALAM LOCKER/ALMARI BAJU (JIKA TIADA PETI SEJUK ) 


Tapi kalau VCO Softgel bertukar kepada warna putih jangan takut pulak sebab minyak akan beku bila berada ditempat yang sejuk. Nak lakukan eksperimen ini sendiri? ambil VCO Softgel yang biasa (kuning cerah) letakkan sebentar dalam peti ais, anda lihat apa yang terjadi pada VCO tersebut. VCO yang beku tu boleh diamalkan seperti biasa jangan risau sebab Asid dalam perut kita sendiri akan mencairkan VCO tersebut bila kita telan :) Maklumlahkan ini softgel. kalau kita letak tempat panas atau suhu yang berubah-ubah. Softgel (kelongsong lembut/gel lembut) tu akan ikut persekitaran sekeliling. Jadi disarankan ikut cara yang ni yer. 

SEKIRANYA COLLAGEN KERAS/BERKETUL APA PULA ANDA PERLU BUAT..?? 
Kerana ada sesetengah pelanggan yang bawa Produk Catalyst ini dan letakkan dalam kereta/tempat yang panas/suhu yang tidak sesuai dalam jangka masa yang lama. Hendaklah diingatkan, produk Catalyst hendaklah disimpan dalam suhu bilik dan suhu yang bersesuaian. Jika jadi keras / berketul-ketul ianya masih boleh dimakan dan khasiatnya masih ada cuma dah bertukar rupa dan bentuk. (BUKANNYA masuk angin or dah expired yer) 

Jadi, untuk memastikan perkara ini tidak terjadi, anda perlu menyimpan/meletakkan produk Catalyst anda sebaik2nya dalam keadaaan SUHU BILIK. Tetapi jika anda nak bawa ke mana2 pun tak kisah, tapi jangan biarkan berada ditempat yang panas dalam masa yang lama, sekiranya berubah colour atau bentukpun, khasiatnya tetap tak akan hilang so jangan risau boleh makan seperti biasa, jangan buang pula yer.. sayang tau... 

Setiap produk keluaran Syarikat Catalyst telah diuji oleh makmal dan telah dipastikan KUALITI nya adalah TIP TOP sebelum dijual dan diedarkan kepada anda semua :)

KURUS DENGAN VCO (MINYAK KELAPA DARA)

Adakah anda boleh turunkan berat badan anda dengan minyak kelapa dara? Semenjak akhir akhir ini banyak kajian yang dijalankan telah mengesahkan bahawa minyak kelapa dara boleh meningkatkan metabolisma dan membantu anda untuk membakar lemak dengan pantas.






Salah satu masalah dengan strategi pengurangan berat badan pada hari ini adalah tanggapan ramai bahawa lemak adalah tidak baik untuk anda dan boleh menyebabkan kegemukan.



Kami akui bahawa memakan terlalu banyak lemak hidrogenasi boleh mengakibatkan kalori lemak berlebihan dan peningkatan tahap kolestrol. Di sini ada suatu kebenaran bahawa lemak adalah cara paling mujarab untuk mengekalkan diet yang seimbang. Tubuh badan anda memerlukan lemak untuk merembeskan hormon dan membran selular. Lemak juga membantu tubuh badan anda menyerap beberapa mineral yang mampu melarutkan lemak dan juga vitamin seperti vitamin A & D. Tanpa lemak, tubuh kita tidak dapat berfungsi dengan baik.



Jika anda ingin menurunkan berat badan, anda perlu melakukannya dengan kaedah yang seimbang dan menyihatkan. Cara pemakanan yang sihat dan senaman harian akan membawa ke perjalanan yang jauh untuk mencapai kepada berat badan yang ideal.


Tetapi adakah mustahil untuk menurunkan berat badan dengan minyak kelapa dara dan makan makanan kegemaran anda dalam masa yang sama?

Minyak Kelapa Dara dan Penurunan Berat Badan





Hmmm.. minyak kelapa dara mampu menurunkan berat badan. Anda pasti akan terfikir, "Bukankah minyak kelapa dara tak elok?".

Buat makluman anda, sejarah berkaitan minyak kelapa menunjukkan ianya mempunyai reputasi yang buruk ketika peristiwa perang habis habisan melawan lemak pada 50 tahun yang lepas. Menurut kajian yang lapuk berkenaan, mereka mengkaji menggunakan minyak kelapa terhidrogenasi di mana ianya boleh mengakibatkan peningkatan tahap kolestrol dan kami sedia maklum bahawa lemak terhidrogenasi memang tidak baik untuk kesihatan kita.

Bagaimanapun, tidak seperti minyak kelapa terhidroenasi yang lampau, minyak kelapa dara tidak terhidrogenasidan tidak mempunyai kolestrol. Sebenarnya, ianya merupakan sumber lemak yang paling menyihatkan dalam diet seharian kita.


Untuk pengetahuan semua VCO nie pun boleh diamalkan bersama suppliment atau ubatan dari Doktor takda masalah okeyy.. so tak perlu risau atau takut2 untuk amalkan VCO nie bersama ubat-ubatan lain k.. yang paling bestnya takda pantang larang jika nak mengamalkan VCO nie. ;) 

Cara Pemakanan VCO Softgel: 
Sebaiknya VCO dijadikan rutin makanan seharian, ambil 2 biji sehari, sebiji pagi dan sebiji lagi malam sebelum tidur, tapi kalau nak ambil 2 biji sekaligus pun boleh dan kalau nak makan VCO lebih dari 2 biji sehari pun tak da masalah yer.. Minum bersama air suam/air kosong. 

Kalau nak sapu boleh cucuk capsule menggunakan jarum yang bersih dan sapu pada permukaan kulit. 

Cara Pemakanan VCO Liquid: 
Sama macam VCO Softgel juga 2 kali sehari, tapi untuk VCO liquid nie kena guna sudu lah, means 2 sudu sehari, sesudupagi dan sesudu malam sebelum tidur. Minum bersama air suam/air kosong. Kalau nak sapu sangat senang tak perlu nak cucuk jarum, just tuang jer ke tapak tangan dan apply pada bahagian yang nak mudah kan.. :) Sebaiknya VCO diminum bersama jus buah-buahan.



***TIPS DIET

Sekiranya anda berdiet dan ingin mengurangkan berat badan waktu pagi, ambil VCO sebelum sarapan ya... insyaallah anda akan berasa kenyang dan makan sikit jer.. ^_^ ramai yang da berjaya turunkan berat badan dengan mengamalkan tips nie..

Thursday 15 December 2016

TESTIMONI : VCO UNTUK WANITA HAMIL & BAYI



KHASIAT UNTUK IBU DAN BAYI:
  1. Gunakan minyak kelapa dara bagi meningkatkan penghasilan susu dan memberi nutrient kepada ibu yang menyusu. 
  2. Sapukan minyak kelapa dara pada  puting susu ibu yang merekah atau melecet menggantikan penggunaan lanolin
  3. Gunakan minyak kelapa dara untuk merawat kulat susu (trush) di lidah bayi kerana sifatnya anti-fungal. Hanya sapukan pada puting ibu sebelum menyusukan bayi
  4. Sapu minyak kelapa dara untuk urutan badan bayi anda. 
  5. Sapu minyak kelapa dara untuk merawat ruam susu di pipi bayi anda.
  6. Sapu minyak kelapa dara dapat untuk merawat ruam lampin bayi anda. 
  7. Sapu minyak kelapa dara untuk melegakannya bayi selesema. Sifat minyak kelapa yang anti-bakteria mampu mengurangkan gejala selsema bayi anda.
  8. Minyak kelapa dara juga boleh digunakan sebagai ubat gigi bayi.
  9. Sapu minyak kelapa selepas mandi sebagai pelembab rambut untuk bayi anda.
  10. Sapu minyak kelapa dara untuk menghilangkan ‘kerak kepala (cradle cap) biarkan minyak kelapa menyerap ke dalam kulit kepala .
  11. Sapu minyak kelapa dara kepada bayi yang mempunyai eczema kerana ia dapat melembutkan kulit.
  12. Sapu minyak kelapa dara pada tangan, mulut dan kaki anak anda yang sedang demam kaki tangan dan mulut kerana sifatnya yang anti-viral, 
  13. Sapu minyak kelapa dara untuk melembutkan bibir bayi dan anda yang kekeringan.
  14. Boleh juga disapukan pada mainan anak untuk melegakan gusi bagi bayi yang suka menggigit mainan lembut.
  15. Sapu minyak kelapa dara untuk melebatkan rambut bayi anda. Kesannya rambut yang lebat dan tebal.
  16. Sapu minyak kelapa dara untuk mengurangkan rasa gatal di tempat bekas gigitan nyamuk atau serangga pada bayi anda
  17. Sapu minyak kelapa dara  di muka bayi yang mempunyai jerawat bayi (baby acne). Biasanya bayi baru lahir mempunyai baby acne.
  18. Sapukan minyak kelapa dara di dada dan di ‘tailbone’ bayi bagi melegakan batuk, selsema dan kesejukan (flu) pada bayi.
  19. Sapu minyak kelapa dara diperut boleh  mengelakkan kembung perut bayi.
  20. Sapu minyak kelapa dara untuk ibu sebagai face moisturizer semasa berpantang dan hari hari seterusnya.
  21. Ia  dapat menanggalkan kekotoran dan minyak berlebihan yang terperangkap di pori-pori kulit
  22. Sapu minyak kelapad dara pada jahitan episotomy dan natural tear untuk mencepatkan penyembuhan luka dan memudarkan parut.
  23. Tambahkan minyak kelapa dara kedalam minuman  membantu melawaskan bagi ibu yang alami sembelit semasa berpantang..
  24. Sapu minyak kelapa dara pada kesan stretch mark di perut ibu.
  25. Gunakan minyak kelapa dara sebagai minyak masakan semasa berpantang.
  26. Sapu minyak kelapa dara di bahagian dubur anak anda untuk melegakan kesan sembelit.
  27. Gunakan minyak kelapa dara untuk mengurangkan jangkitan yeast dan candida bagi wanita hamil
  28. Sapu minyak kelapa dara  untuk menghilangkan kehitaman di bawah mata bagi ibu menyusu yang tidak cukup tidur.
  29. Sapu minyak kelapa dara  diperut ibu yang mengalami ketidakselesaan
  30. Sapu minyak kelapa dara untuk urutan perineum yang boleh mengelakkan koyakan dan membantu pembukaan vagina semasa bersalin dengan lebih berkesan
  31. Guna minyak kelapa dara dapat  membantu ibu mengurangkan berat badan dengan pengambilan minyak kelapa dalam diet harian.
  32. Guna minyak kelapa dara untuk kesihatan sistem penghadaman jika diambil dalam diet seharian.
  33. Sapu minyak kelapa dara  sebagai pelembap di bahagian tubuh ibu yang kekeringan








VCO (MINYAK KELAPA DARA) UNTUK IBU MENGANDUNG & BAYI





Pengambilan VCO atau virgin coconut oil/minyak kelapa dara keluaran CATALYST semasa kehamilan adalah sangat bagus dan insyallah tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan kesan sampingan kerana produk kami adalah 100% asli tanpa sebarang bahan kimia atau pewarna tiruan. CATALYST juga adalah Syarikat Bumiputera dan produk-produknya mendapat pengiktirafan sijil HALAL


Antara kebaikan VCO untuk ibu-ibu mengandung:

- Menghilangkan jerawat/parut, bintik hitam & putih, kulit berminyak, kulit kering
- Menghilangkan strechmark.
- Tiada masalah keputihan ketika hamil.
- Membekalkan tenaga segera yang mencegah rasa letih dan mengantuk
- Membantu mengurangkan 'morning sickness' iaitu loya dan muntah di awal pagi atau alahan yang teruk (ibu hamil)
- Berupaya memperbaiki kandungan asid di dalam rahim dan mengimbangi paras hormon wanita yang sentiasa berubah-ubah.
- Mengawal paras hormon dan kesuburan serta meningkatkan metabolisme badan.
- Proses bersalin secara normal juga menjadi lebih mudah dan lancar.
- Mengurangkan risiko komplikasi dan mengelakkan kelahiran tidak cukup bulan (pramatang).
- Mengurangkan sembelit/buasir yang sering dihadapi kerana ia memperbaiki sistem penghadaman dan pencernaan.
- Mengawal kandungan gula dalam darah seoanjang kehamilan.
- Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi semasa hamil.
- Meningkatkan kualiti persekitaran rahim & susu ibu
- Kulit bayi lebih lembut & mengurangkan masalah juandise/demam kuning pada bayi.
- Sebagai minyak urut bagi rawatan ibu-ibu dalam pantang.
- Dapat mengelakkan kekejangan dan rasa tegang semasa hamil (sapu pada betis dan peha)
- Sapuan pada luka bersalin juga akan mencegah jangkitan kuman, mempercepatkan proses penyembuhan dan mengelakkan parut.



Kebaikan VCO yang dirasai para penggunanya:

Kulit

  • Menghilangkan parut jerawat dan stretchmark bagi pada perut wanita yang hamil.
  • Masalah kulit berjerawat, berminyak, dan kering berkurangan.
  • Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
  • Jerawat cepat kecut dan susut

Rambut

  • Mengurangkan keguguran rambut.
  • Rambut lebih sihat dan bermaya

Metabolisma tubuh

  • Mengembalikan berat badan yang ideal dengan meningkatkan atau menurunkan berat badan 
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin
  • Melindungi tubuh daripada kanser.
  • Sistem penghadaman lebih baik
  • Melawaskan masalah buang air besar & sembelit
  • Batuk dan selsema cepat hilang dengan menguatkan sistem imun tubuh
  • Mengurangkan masalah tidur berdengkur

Dalaman Wanita

  • Mengurangkan senggugut
  • Kesuburan
  • Kitaran haid lebih teratur

Wanita mengandung

  • Kurang masalah keletihan dan tidak bertenaga
  • Masalah jerawat atau kulit berminyak berkurangan walaupun perubahan hormon berlaku sewaktu kehamilan
  • Mengurangkan masalah sembelit
  • Tiada masalah keputihan sewaktu hamil
  • Masalah kulit meregang/merekah (stretchmark) dapat diatasi
  • Kulit bayi cantik, tiada jaundis/demam kuning


Ibu mengandung, Ibu menyusu(Breast Feeding) , Sedang berpantang boleh makan ke? Ade side effect x?

Jawapannye BOLEH .Tiada side effect untuk kandungan, kesihatan dan juga bayi. 100 % dari minyak kelapa dara Gred A dan ada juga few mommies yang berkongsi VCO merupakan MILK BOOSTER mereka :)



Sewaktu mengandung

  • VCO akan membekalkan tenaga, membuat kita kelihatan lebih ceria dan In Shaa ALLAH memudahkan proses bersalin (pengambilan minyak kelapa merupakan antara petua untuk memudahkan proses kelahiran. Ia juga boleh mengelakkan jaundice kepada bayi. Masalah perut harimau atau strechmark dapat dikurangkan atau lebih baik lagi jika anda sapukan seperti bio oil. (VCO sangat berbaloi sebab dapat makan dan sapu).


Sewaktu menyusukan (BF)

  • Makan VCO seperti biasa..baby akan mendapat khasiat VCO dalam masa yang sama untuk kulit yang putih bersih. Sapukan VCO untuk rambut bayi supaya cepat tumbuh. Kandungan asid laurik dalam VCO sangat baik untuk mencegah virus dan bakteria untuk menyerang ibu dan anak.


Semasa Dalam Pantang

  • Amalkan VCO seperti biasa, Tiada pantang/bentan. Jadikan VCO sebagai makanan tambahan anda setiap hari. Badan akan sentiasa bertenaga untuk menjaga anak kecil dan yang penting kulit sentiasa lembab dan tidak kering. Anda juga boleh ambil collagen sewaktu menyusukan dan dalam tempoh berpantang. Tiada masalah 

BOLEH / TIDAK VCO DIMAKAN BERSAMA SUPPLEMENT LAIN?
seperti EPO,VITAMIN C,B-COMPLEX & etc:

jawapan : BOLEH,TIADA MASALAH

kerana VCO juga merupakan supplement kesihatan yang berasaskan minyak kelapa darayang berkualiti tinggi(100%).Tetapi anda perlu minum air yang secukupnya(air suam/air kosong) bagi membantu penyerapan minyak (pure oil) tersebut.


kepada yang mengalami masalah jerawat naik semula/keluar selepas beberapa hari mengamalkan vco,anda tidak perlu panik, tidak perlu takut,tidak perlu risau kerana ia dinamakan proses DETOX.


teruskan pengambilan VCO sehingga jerawat itu kecut/surut(ingat)banyakkan minum air suam/air kosong.atau lebih bagus jika minum bersama jus tomato+apple suam (resepi jus tomato+apple di SINI)-credit HANITA. Thanks you so much :)


- untuk kurangkan selera makan:ambil VCO sebelum anda sarapan :)
- jgn lupa minum dengan jus atau air kosong/air suam sahaja.
- JANGAN LUPA : 2 BIJI SEHARI.nak makan 2biji sekaligus pun boleh,tapi kalau makan lebih dari 2 biji pun tak ada masalah Ye :)  





SILA LENGKAPKAN BORANG ORDER ANDA :)

NAMA PENUH (UNTUK POSTAGE)
ALAMAT PENUH (UNTUK POSTAGE)
NOMBOR TELEFON (UNTUK DIHUBUNGI)
BELIAN BIASA/AGEN/STOKIS
SENARAI ORDER (SEMENANJUNG) VCO SOFTGEL - RM 39.90
VCO FLUID (LIQUID) - RM 39.90
VCO ARGAN - RM 65.00
VCO DELIMA - RM 65.00
VCO APRICOT - RM 65.00
CATALYST COLLAGEN - RM 59.90
CATALYST AMBIANCE - RM 89.90
SENARAI ORDER (SABAH & SRWK) VCO SOFTGEL - RM 43.90
VCO FLUID (LIQUID) - RM 43.90
VCO ARGAN - RM 65.00
VCO DELIMA - RM 65.00
VCO APRICOT - RM 65.00
CATALYST COLLAGEN - RM 65.90
CATALYST AMBIANCE - RM 89.90
Email Address:

Click here to put a form like this on your site.